SEJARAH PKG


PKG Sabak Bernam telah ditubuhkan pada tahun 1978 dengan nama PSK (Pusat Sumber Kawasan). Pada tahun 1990, PSK telah ditukarkan kepada PKG. Pada permulaannya PKG Sabak Bernam beroperasi di sebuah rumah guru di kawasan SK Tun Doktor Abdul Latiff Sabak Bernam.

Di sinilah PKG Sabak Bernam aktivitinya. Walaupun PKG ini berbagunan sementara, PKG ini tetap menjalankan aktiviti yang sama seperti PKG berbangunan sendiri.

PKG Sabak Bernam tidak melupakan jasa penyelaras yang terdahulu. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd Hanafiah Hasan yang sekarang telah menjadi guru besar di SK Sapintas. Tn. Hj. Mohd Hanafiah Hasan telah menjadi penyalaras PKG Sabak Bernam yang pertama sehingga tahun 1990. Tugas ini disambung pula oleh En. Kharie Sharif sehingga jun 2003. Kini tugas ini disambung pula oleh En. Ahmad Radzuan Bin Hj. Idris. En. Kharie Sharif kini bertugas di Unit Bestari BTPN Selangor.

Penafian

Pusat Kegiayan Guru Sabak Bernam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.